Aktiviti KJM terbahagi kepada 3, Aktiviti Bermotosikal, Panduan Penyelenggaraan Motosikal dan Kursus-kursus yang berkaitan.
Aktiviti LuarBeberapa aktiviti akan dianjurkan dari masa ke semasa bergantung kepada minat dan permintaan daripada ahli-ahli sendiri. Di antara aktiviti tetap ialah konvoi dan klinik kaedah menunggang yang selamat.
Panduan Penyelenggaraan MotosikalSecara berkala, KJM akan mengadakan sesi tersebut yang akan dikendalikan oleh pakar yang akan memberikan penerangan mengenai fungsi dan cara-cara yang betul untuk menyelenggara enjin dan bahagian-bahagian yang penting pada motosikal ahli.
KursusBeberapa kursus, samada dalam dewan atau di lokasi, akan dianjurkan untuk manfaat ahli. Tujuan kursus-kursus ini dijalankan adalah;
1. Mendedahkan teknik menunggang yang betul demi keselamatan ahli dan pembonceng,
2. Penggunaan topi keledar yang sesuai dan diiktiraf,
3. Panduan dan tunjuk ajar dari profesional sebelum menyertai aktiviti berkonvoi.