Berita Terkini

AKTIVITI TAHUN 2013 AKAN DISIARKAN TIDAK LAMA LAGI. SILA LAWATI BLOG INI DENGAN KERAP !!!!! SELAMAT TAHUN HARU 2013

Faedah Ahli:

Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri.
Sudah pasti semua aktiviti bermotosikal yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk membeli motosikal, alat ganti, mengambil bahagian dalam konvoi dan sebagainya.

Di sinilah letaknya keistimewaan keahlian KJM. Dengan keahlian yang bertambah dari masa ke semasa, kelab akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli dan semua kemudahan dan faedah akan disiarkan di dalam blog ini.

Mulai 18 April 2011, ahli yang mendaftar dengan Kelab Jom Motor akan menerima top-up prepaid yang bernilai RM10.00.Ini adalah selaras dengan hubungan usahasama dengan Kelab Hot Ticket yang akan memanjangkan faedah-faedah terkini kepada ahli Kelab Jom Motor. Kelab Hot Ticket dan Kelab Jom Motor adalah ahli gabungan dalam GERAK MUAFAKAT.

Sila lihat laman HOT TICKET CLUB untuk maklumat lanjut. Untuk ahli-ahli yang telah berdaftar, sekiranya ingin mendapatkan faedah ini, anda juga perlu membayar RM30.00.
Hubungi Abg Kob atau Abg Zul untuk maklumat lanjut. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Ahli dinasihatkan selalu melihat blog ini untuk maklumat dan berita-berita terkini.