Berita Terkini

AKTIVITI TAHUN 2013 AKAN DISIARKAN TIDAK LAMA LAGI. SILA LAWATI BLOG INI DENGAN KERAP !!!!! SELAMAT TAHUN HARU 2013

En. Yaakob Dengan Motor Barunya

Pandang la lihat la, tiru macam saya ..... Itu adalah bait dari lagu Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Tetapi, adakah anda ahli kelab hanya akan memandang dan melihat sahaja? TIRULAH MACAM SAYA!!!

Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana saya dapat memiliki motosikal Yamaha 135LC terbaru ini. Jangan hanya pandang sebab anda juga boleh memilikinya.


PROGRAM AMAL KELAB JOM MOTOR
Selain aktiviti permotoran seperti konvoi, Kelab Jom Motor tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik.

Kali ini, KJM bersama-sama beberapa kelab yang lain, menyumbang masa dan tenaga untuk membantu keluarga yang memerlukan.

Matlamat Penubuhan Kelab

Matlamat utama penubuhan kelab ini ialah untuk membantu ahli melibatkan diri dalam aktiviti permotoran secara sihat dan membantu ahli memiliki motosikal khususnya Yamaha 135LC dengan hanya melakukan 2 perkara;
1. Menjadi ahli kelab ini dan
2. Mengenalkan rakan-rakan yang berminat untuk sama-sama menjadi ahli kelab.

Adalah diharapkan dengan kaedah ini, lebih ramai orang mampu memiliki motosikal tanpa perlu membayar kos belian yang semakin tinggi sekarang ini.

Adalah di harapkan dengan adanya aktiviti tersebut, ahli-ahli kelab tidak menambah kepada statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Aktiviti:

Aktiviti KJM terbahagi kepada 3, Aktiviti Bermotosikal, Panduan Penyelenggaraan Motosikal dan Kursus-kursus yang berkaitan.

Aktiviti Luar
Beberapa aktiviti akan dianjurkan dari masa ke semasa bergantung kepada minat dan permintaan daripada ahli-ahli sendiri. Di antara aktiviti tetap ialah konvoi dan klinik kaedah menunggang yang selamat.

Panduan Penyelenggaraan Motosikal
Secara berkala, KJM akan mengadakan sesi tersebut yang akan dikendalikan oleh pakar yang akan memberikan penerangan mengenai fungsi dan cara-cara yang betul untuk menyelenggara enjin dan bahagian-bahagian yang penting pada motosikal ahli.

Kursus
Beberapa kursus, samada dalam dewan atau di lokasi, akan dianjurkan untuk manfaat ahli. Tujuan kursus-kursus ini dijalankan adalah;

1. Mendedahkan teknik menunggang yang betul demi keselamatan ahli dan pembonceng,
2. Penggunaan topi keledar yang sesuai dan diiktiraf,
3. Panduan dan tunjuk ajar dari profesional sebelum menyertai aktiviti berkonvoi.

Keahlian:

Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti-aktiviti bermotosikal tanpa ada had umur atau jantina.
Bayaran keahlian adalah RM30.00 sahaja tanpa ada apa-apa yuran bulanan.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi dengan memuat turun di halaman Borang-Borang atau berhubung terus dengan En. Yaakob.
Anda dinasihatkan untuk membayar terus ke En. Yaakob atau En. Zulkifli
Mat Noor di talian 013 – 431 3800 untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya penipuan.

Faedah Ahli:

Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri.
Sudah pasti semua aktiviti bermotosikal yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk membeli motosikal, alat ganti, mengambil bahagian dalam konvoi dan sebagainya.

Di sinilah letaknya keistimewaan keahlian KJM. Dengan keahlian yang bertambah dari masa ke semasa, kelab akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli dan semua kemudahan dan faedah akan disiarkan di dalam blog ini.

Mulai 18 April 2011, ahli yang mendaftar dengan Kelab Jom Motor akan menerima top-up prepaid yang bernilai RM10.00.Ini adalah selaras dengan hubungan usahasama dengan Kelab Hot Ticket yang akan memanjangkan faedah-faedah terkini kepada ahli Kelab Jom Motor. Kelab Hot Ticket dan Kelab Jom Motor adalah ahli gabungan dalam GERAK MUAFAKAT.

Sila lihat laman HOT TICKET CLUB untuk maklumat lanjut. Untuk ahli-ahli yang telah berdaftar, sekiranya ingin mendapatkan faedah ini, anda juga perlu membayar RM30.00.
Hubungi Abg Kob atau Abg Zul untuk maklumat lanjut. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Ahli dinasihatkan selalu melihat blog ini untuk maklumat dan berita-berita terkini.

Hubungi kami:

Yaakob Bin Shuaib,
Tel : 019 4960 732
Email: kelabjom.motor@gmail.com